Site icon TechNave BM

Inilah rupa aplikasi daripada Meta untuk bersaing dengan Twitter

Instagram kini dalam proses membangunkan aplikasi baharu yang akan bersaing secara langsung dengan Twitter. Semasa mesyuarat syarikat, salah seorang eksekutif tertinggi Meta membentangkan pratonton aplikasi baharu kepada stafnya yang mendedahkan perkembangan baharu.

Aplikasi baharu ini akan berasaskan Instagram dan akan disepadukan dengan ActivityPub iaitu protokol media sosial yang terdesentralisasi. Pengguna mungkin boleh membawa akaun dan pengikut mereka ke apliksi lain yang menyokong ActivityPub seperti Mastodon melalui penyepaduan ini.

Meta memanggil aplikasi baharu itu sebagai tindak balas terhadap Twitter. Beliau mengesahkan bahawa sistem akaun Instagram akan secara automatik menyepadukan maklumat pengguna ke dalam aplikasi baharu itu. Walaupun nama kod dalaman untuk aplikasi itu ialah “Project 92”, nama rasminya masih belum diumumkan.

Walau bagaimanapun, ada yang membuat spekulasi bahawa ia boleh didapati sebagai Threads. Meta menyebut bahawa ramai pencipta kandungan dan tokoh awam teruja dengan aplikasi baharu ini. Mereka merasakan bahawa ia akan menyediakan platform yang diurus dengan sihat dan selamat yang boleh mereka percayai.

Eksekutif Meta menekankan bahawa aplikasi baharu itu akan menawarkan pencipta tempat yang stabil untuk membina dan mengembangkan khalayak mereka. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version