Site icon TechNave BM

Inilah rupa ASUS ROG Phone 3, tiada perubahan besar

Terkini, pendedah dan pengulas maklumat teknologi terkenal (melalui sumber) telah memuat naik gambar rekaan ASUS ROG Phone 3 yang bakal dilancarkan pada 21 Julai 2020 ini. Walaupun ianya bukan dari sumber rasmi, namun biasanya gambar sebegini tidak banyak perbezaan dari reka bentuk rasmi (atau sama sahaja dengan reka bentuk rasmi).

Siri ASUS ROG Phone sememangnya sudah hadir dengan reka bentuk tersendiri. Kami mengandaikan peminat tidak mempunyai masalah untuk menerima reka bentuk ROG Phone 3 tanpa perubahan besar dan tidak banyak beza dari ROG Phone 2. Antara perubahan kecil adalah susunan kamera dan pengurangan lubang udara sistem aerodinamik di belakang peranti.

ASUS ROG Phone 2
ASUS ROG Phone 3

Sepintas lalu, ASUS ROG Phone 3 dilaporkan bakal dihuni cipset Snapdragon 865 Plus, RAM sehingga 16GB, storan sehingga 512GB dan skrin sehingga 144Hz. Ia juga bakal hadir dengan bateri berkapasiti 5800mAh (dinilai sebagai 6000mAh) dan pengecas pantas 30W.

Memandangkan kesemua maklumat ini adalah bukan dari pihak ASUS sendiri, nantikan berita rasminya pada hari pelancaran, 21 Julai ini. Pada tarikh yang sama, Lenovo Legion juga bakal melancarkan peranti gamingnya.

Apakah pendapat anda mengenai reka bentuk ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Baca berita lepas mengenai ASUS ROG Phone 3 disini.

Sumber: Evan Blass melalui Android Headlines

Exit mobile version