Site icon TechNave BM

Inilah rupa dan warna menarik Samsung Galaxy Buds Live yang berbentuk kacang

Samsung bukan sahaja ingin melancarkan Galaxy Note 20, Galaxy Fold 2, Galaxy Z Flip 5G, tetapi beberapa peranti lain juga bakal dilancarkan termasuklah Galaxy Buds Live. Fon telinga wayarles ini menjadi bualan hangat dek kerana reka bentuknya yang menyerupai kacang.

Terdapat sumber kini mendedahkan reka bentuk Samsung Galaxy Buds Live ini. Bukan sahaja tampil dengan rekaan menarik, tetapi warna pilihannya juga kelihatan bakal menambat hati peminat.

Anda juga boleh melihat kewujudan dua lubang mikrofon yang mungkin berfungsi untuk penyuaraan dan pembatalan hingar. Memandangkan gambar ini bukan dari sumber rasmi, ambillah berita ini sebagai bantuan untuk membayangkannya dengan lebih baik.

Adakah Galaxy Buds Live berbentuk kacang ini bakal muat dan selesa di telinga ada? Beritahu pendapat anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9To5Google

Exit mobile version