Site icon TechNave BM

Inilah rupa Lenovo Legion Pro dengan kamera sisi, 144Hz dan cas pantas 90W

Lenovo sudah lama memulakan acahan telefon pintar gaming pertama untuk varian jenama Lenovo Legion. Acahan demi acahan telah hadir melalui berita-berita lepas, sehinggalah kini. Terkini, terdapat poster Lenovo Legion yang mendedahkan rupa dan reka bentuk Lenovo Legion Pro.

Peranti gaming ini didakwa Lenovo Legion Pro oleh kerana namanya yang tertera pada poster. Gabungan konsep warna hitam dan merah pada reka bentuknya jelas mengetengahkan imej peranti yang gagah dan kemas. Anda juga boleh lihat reka bentuk kamera swafoto di sisi peranti dan rekaan panel belakang bersimetrik yang menarik!

Sepintas lalu, Lenovo Legion dikatakan bakal hadir dengan cipset Snapdragon 865 Plus, skrin sehingga 144Hz, sokongan cas pantas 90W dan dua motor X-axis linear untuk maklum balas haptik yang baik.

Dalam sumber yang lain, video teaser Lenovo Legion juga mendakwa bahawa peranti ini dilengkapi sistem audio yang paling berkuasa dengan dua pembesar suara berkaviti sebesar 1.4 cc. Anda boleh lihat video di bawah.

Untuk pengetahuan anda, ia bakal berkongsi tarikh yang sama dengan pelancaran ASUS ROG Phone 3 pada 21 Julai 2020. Adakah anda teruja dengan kemunculan peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2 | 3

Exit mobile version