Site icon TechNave BM

Inilah rupa telefon Redmi baru dengan bateri 6000mAh, mungkin Redmi Note 10 4G

Semalam, kami telah memaklumkan mengenai spesifikasi salah satu varian peranti Redmi baharu yang muncul dengan ciri bateri berkapasiti besar 6000mAh dan cas pantas 22.5W. Peranti yang sama kini dilihat muncul kembali di TENAA, tetapi bersama gambar reka bentuknya.

Gambar penyenaraian reka bentuk peranti Redmi baru di TENAA ini dimuat naik oleh pendedah maklumat terkenal di laman carian China, Weibo. Peranti dengan nombor model M2010J19SC ini dilihat mempunyai rekaan kamera berbentuk segi empat, yang menjadikannya berbeza dengan rekaan pada siri Redmi terdahulu.

Anda juga boleh melihat ruang SIM pada sebelah kiri, manakala butang kelantangan dan kuasa, bersama sensori cap jari di sisi kanan peranti. Rekaan skrin hadapan pula terlalu kabur, tidak dapat dilihat sama ada ianya rekaan skrin berlubang atau bertakuk.

Anda boleh menyemak spesifikasinya disini. Setakat ini, peranti ini masih tidak mempunyai nama rasmi lagi. Ia dipercayai berkaitan dengan dua lagi model Redmi 5G yang akan dilancar. Sumber mendakwa ia mungkin Redmi Note 10 4G. Anda boleh menyemak berita lepas mengenai Redmi disini.

Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version