Site icon TechNave BM

Inilah sebab mengapa perkhidmatan Facebook, WhatsApp dan Instagram tergendala

Baru-baru ini ramai pengguna aplikasi Facebook, WhatsApp dan Instagram mengalami masalah ketika menggunakan aplikasi tersebut. Bukan di Malaysia sahaja terjejas, namun seluruh dunia juga mengalami masalah yang sama.

Walau bagaimanapun, semua pelayan kembali dalam talian dan Facebook baru saja mengirim sebuah kenyataan yang menyatakan permintaan maaf mengenai masalah yang berlaku. Jurutera FB mendapati bahawa perubahan konfigurasi yang dilakukan pada router backbone adalah sebab utama gangguan rangkaian.

Untuk pengetahuan, router backbone digunakan untuk menyelaraskan trafik rangkaian antara pusat data Facebook di seluruh dunia. Oleh itu, terdapat kesan rantaian sistem di seluruh dunia selama lebih kurang 6 jam.

Tambahan, pada ayat terakhir kirimannya mengatakan bahawa terdapat “perubahan konfigurasi yang salah”. Facebook juga memberitahu data pengguna tidak terganggu semasa penyelenggaraan dilakukan.

Pengguna di Malaysia tidak berapa terkesan kerana ia berlaku pada lewat malam. Beritahu kami di Facebook tentang pendapat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNaveEN

Exit mobile version