Site icon TechNave BM

Inilah tanda pagar paling popular digunakan di Twitter Malaysia untuk 2020!

Tahun 2020 bakal melabuhkan tirai, merumuskan segala apa yang telah berlaku untuk diimbau kembali. Begitu juga dengan laman media sosial Twitter, anda kini boleh mengimbau kembali apakah tanda pagar (hashtag) yang paling popular digunakan di Twitter oleh rakyat Malaysia pada tahun 2020!

Melihat kepada senarai, tanda pagar yang paling popular pastinya mengenai penularan virus yang melanda seluruh negara, #covid19 diselangi dengan #dudukrumah dan #kitajagakita. Anda juga boleh melihat beberapa drama yang sohor kini seperti #7harimencintaiku dan #itsokaynottobeokay. Apa yang menariknya, #acnh turut popular di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, #acnh ialah Animal Crossing: New Horizon, permainan video yang kami fikir hanya popular di luar negara, ternyata turut popular di Malaysia.

Beralih kepada kategori selebriti, anda boleh melihat Neelofa sebagai selebriti utama yang popular di Malaysia dan BTS sebagai kumpula K-Pop yang paling popular di Malaysia (kami sebenarnya andaikan Blackpink).

Mungkin masih ramai yang tidak mempunyai akaun Twitter. Namun, Twitter juga merupakan salah satu platform dimana anda boleh menemui berita semasa dan info terkini. Adakah anda juga pernah terjebak dalam salah satu tanda pagar popular ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version