Site icon TechNave BM

Insta360 Flow dilancar, gimbal telefon pintar dengan ciri AI berharga ~RM702

Insta360 telah melancarkan gimbal telefon pintar yang serba boleh pertamanya iaitu Insta360 Flow. Gimbal ini dikuasakan AI dan seni binanya digabungkan dengan penstabilan terbina pada peranti. Flow mempunyai fungsi Pengesan Kedalaman generasi ketiga dan motornya juga mampu berfungsi dengan patas.

Ia mempunyai sistem gimbal terbaik sedia ada dan ditambah dengan penstabil penjejakan AI. Ia juga menampilkan Deep Track 3.0 yang menggunakan AI untuk memastikan subjek fokus sepenuhnya ketika rakaman. Terdapat juga aplikasi Insta360 untuk mengedit dan cadangan video reels.

Insta360 Flow mampu membuat putaran 360 darjah menggunakan mod Panorama 360. Ia juga mempunyai binaan separa telus yang menyepadukan teleskop swafoto dan tripodnya bersama-sama dengan kawalan Smartwheel. Gimbal ini mempunyai bateri 2,900mAh yang boleh bertahan sehingga 12 jam dan port pengecasan USB-C.

Menariknya, telefon pintar yang dipasang boleh dicas semula melalui port tersebut. Gimbal telefon pintar Insta360 Flow berharga $159 (~RM702) dan ia dijangka dipasarkan di pasaran lain pada masa akan datang. Adakah anda berminat dengan reka bentuk dan spesifikasi yang ditawarkan?

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: insta360

Exit mobile version