Terbaharu, Insta360 telah memperkenalkan Insta360 Go 3S Retro Bundle iaitu satu pakej baharu yang menggabungkan kamera moden dengan pengalaman fotografi berinspirasikan era filem klasik. Walaupun telefon pintar telah lama menguasai pasaran kamera, minat terhadap gaya retro terus meningkat.
Trend ini dimanfaatkan oleh Insta360 dengan pendekatan lebih unik untuk Go 3S yang menggantikan Action Pod digital kepada Retro Viewfinder. Ia merupakan sebuah dok pasif yang meniru pengalaman kamera filem lama dengan viewfinder pada bahagian atas dan cermin swafoto hadapan. Ia direka untuk menggalakkan rakaman yang lebih perlahan dan santai.
Bundle ini turut menambah 11 profil warna terbina dalam termasuk lima gaya berasaskan filem seperti NC, CC, GR-F, Mono dan Vintage Vacation serta penapis khas seperti Negative Film, Positive Film dan Sticker Filter. Untuk sambungan, NFC Custom Skin membolehkan pengguna membuka aplikasi Insta360 hanya dengan mendekatkan peranti pada telefon untuk memudahkan pratonton, suntingan dan tetapan.
Untuk kuasa, Action Pod digantikan dengan Battery Pack yang memanjangkan rakaman sehingga 76 minit manakala Magnet Pendant turut disertakan untuk rakaman POV bebas tangan. Ia ditawarkan sebagai alternatif penuh kepada Go 3S standard termasuk kamera, aksesori Retro Viewfinder, Battery Pack, NFC Skin, Magnet Pendant, tali, pelindung lensa dan kabel USB-C.
Insta360 Go 3S Retro Bundle hadir dalam warna Canvas White dan Classic Red dengan storan 64GB (~RM985) dan 128GB (~RM1,064). Menariknya, ia lebih murah berbanding pakej biasa Go 3S, namun tidak lagi menyertakan Action Pod. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: insta360

