Site icon TechNave BM

Insta360 X4 dilancar dengan rakaman 8K, kamera CMOS 72MP berharga RM2,499

Insta360 yang merupakan syarikat penghasilan kamera aksi telah melancarkan Insta360 X4 dengan rakaman beresolusi 8K pertamanya. Kamera aksi ini dilengkapi dengan 72MP F/1.9 CMOS dan boleh merakam video panoramik 5.7K60FPS secara berterusan serta menyokong rakaman video 8K30FPS / 4K100FPS.

Ia kalis air sehingga 10 meter dan dilengkapi dengan teknologi anti goncang Flowstate. Ia turut dilengkapi dengan port skru 1/4 di bahagian bawah yang menyokong mod tongkat swafoto dan pelindung kanta boleh tanggal.

Insta360 X4 menyokong kalis air sehingga kedalaman 50m apabila digunakan bersama kotak menyelam. Terdapat juga skrin sesentuh LCD bersaiz 2.5 inci diletakkan pada sisi badan untuk melihat semula rakaman dan juga mengubah tetapan. Selain itu, ia mempunyai berat 203 gram dan dilengkapi dengan bateri 2290 mAh dengan pengecasan penuh mengambil masa 60 minit.

Pengecasan penuh boleh bertahan sehingga 135 minit. Seperti biasa, kamera aksi ini boleh merakamkan pandangan 360 darjah. Insta360 X4 kini sudah tiba di Malaysia dengan harga RM2,499 serta tersedia untuk pembelian di Lazada dan Shopee.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Insta360 X4 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version