Site icon TechNave BM

Instagram akan lancarkan gambar tinggi 9:16 seawal 15 Ogos

Nampaknya, Instagram yang terkenal sebagai platform yang sangat gemar digunakan golongan belia kini membangunkan kandungan skrin penuh untuk bersaing dengan TikTok. Kali ini, ia memperkenalkan foto ultra-tinggi 9:16.

Seperti yang dikongsi oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Adam Mosseri dalam aktiviti mingguannya “Ask Me Anything”, beliau menjawab soalan mengenai perkara tersebut dengan mendedahkan rancangan Instagram yang akan datang. 

Seorang pengguna bertanya mengenai sama ada ‘foto skrin penuh 9×16’ akan hadir ke platform Instagram dan Mosseri menjawab bahawa syarikat itu telah berfikir mungkin sudah tiba masanya untuk memastikan bahawa gambar tinggi perlu ada sepertimana video tinggi digunakan pada aplikasi.

Beliau turut menegaskan bahawa Instagram akan menguji gambar ultra-tinggi 9:16 dalam satu atau dua minggu lagi. Oleh itu, kami mungkin mendapat ciri sedemikian seawal 15 Ogos 2022 atau lebih awal.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: The Verge

Exit mobile version