Site icon TechNave BM

Instagram atasi TikTok sebagai aplikasi paling banyak dimuat turun di dunia

Pada tahun 2020, Instagram menambah Reels pada platformnya sebagai pesaing kepada penguasaan video bentuk pendek TikTok. Kini menurut data Sensor Tower, Instagram telah dimuat turun sebanyak 767 juta kali di seluruh dunia pada 2023 dengan peningkatan 20% dalam muat turun berbanding 2022.

Sementara itu, TikTok mencatatkan purata 733 juta muat turun dengan hanya peningkatan 4% berbanding 2022. Sumber mengaitkan lonjakan muat turun Instagram sebagai kemungkinan didorong oleh populariti ciri Reels-nya.

Ia mempunyai hampir 1.5 bilion pengguna aktif bulanan manakala TikTok mempunyai lebih daripada 1.1 bilion. Pengguna TikTok menghabiskan purata 95 minit setiap hari di aplikasi berbanding 62 minit di Instagram. 

Faktor yang menyumbang kepada potensi penurunan ini termasuk kehilangan katalog muzik yang luas akibat pertikaian dengan Universal Music Group, mengakibatkan ketiadaan audio dalam banyak video. Penggubal undang-undang AS juga mendesak syarikat induk TikTok China untuk melepaskan aplikasi itu kerana kebimbangan mengenai akses data.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Financial Times

Exit mobile version