Site icon TechNave BM

Instagram bakal minta penggunanya untuk membuat video swafoto bagi pengesahan akaun

Instagram meminta beberapa pengguna untuk menyediakan video swafoto daripada pelbagai sudut wajah untuk mengesahkan bahawa mereka adalah pemilik sebenar akaun tersebut. Melalui sebuah kiriman di Twitter oleh salah satu sumber menunjukkan tangkapan skrin yang mana Instagram memperkenalkan ciri video swafoto bagi mengesahkan sesebuah akaun.

Menurut XDA Developers, Instagram mula menguji ciri ini dari tahun lepas tetapi menghadapi masalah teknikal. Sebilangan pengguna dilaporkan telah diminta untuk mengambil video swafoto untuk mengesahkan akaun mereka.

Sebuah lagi sumber di Twitter menyiarkan tangkapan skrin bagi halaman bantuan untuk langkah pengambilan video swafoto bagi semua sudut wajah untuk membuktikan bahawa anda adalah pemilik sebenar dan ciri ini turut muncul bagi sebilangan pengguna. Tidak jelas sama ada ciri ini sedang diuji atau dilancarkan secara perlahan-lahan.

Ciri ini mungkin mengejutkan sesetengah pihak kerana sebelum ini Meta mengumumkan bahawa ia akan menutup ciri pengecaman wajah. Seperti yang telah ditegaskan oleh syarikat itu, ia hanya menutup ciri pengecaman wajah di Facebook dan bukan pada aplikasinya yang lain. Maklumat daripada tangkapan skrin di bawah juga menunjukkan video swafoto pengecaman wajah anda akan dipadamkan selepas 30 hari.

Meta sebelum ini berjanji tidak akan menyimpan atau menyiarkan data, namun terdapat pemilik akaun yang mungkin terkesan akibat pepijat yang membenarkan penggodam mengakses maklumat hari lahir yang merupakan maklumat peribadi dengan hanya menggunakan DM (direct message).

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version