Site icon TechNave BM

Instagram bakal perkenalkan fungsi kandungan berbayar mirip OnlyFans dan Patreon

Perkhidmatan seperti Patreon dan OnlyFans membenarkan pencipta kandungan (content creators) internet untuk menjana wang daripada kandungan mereka, dengan menyediakan kandungan khas untuk para pengikut yang sudi membayar wang langganan pada setiap bulan. Kini, Instagram juga dikhabarkan bakal memperkenalkan fungsi yang serupa untuk para penggunanya.

Menurut sumber, aplikasi Instagram untuk iOS baru-baru ini telah dikemas kini dengan fungsi pembelian dalam aplikasi (in-app purchases) bernama Instagram Subscriptions, dengan jurang harga daripada USD0.99 hingga USD4.99 (~RM4-RM21).

Walaupun Instagram tidak menjelaskan tujuan fungsi baharu ini, mereka dipercayai ingin meningkatkan lagi kebolehan aplikasi itu untuk menjana wang buat para pengguna yang ingin menyediakan kandungan eksklusif kepada para pengikut yang sudi membuat bayaran bulanan.

Pada awal tahun ini, Instagram mengesahkan bahawa mereka sedang mengusahakan fungsi Exclusive Stories, di mana kandungan Stories ini hanya akan disediakan kepada pengguna yang sanggup membayar yuran kepada akaun kegemaran mereka. Twitter juga telah memperkenalkan fungsi serupa dengan Super Follow.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Tech Crunch

Exit mobile version