Site icon TechNave BM

Instagram bertindak memadamkan efek AR berkaitan koronavirus

Instagram kini bertindak menghentikan penyebaran maklumat palsu tentang COVID-19 daripada efek augmented reality (AR) yang digunakan dalam platform media sosial tersebut. Contoh efek AR yang boleh digunakan terdapat dalam fungsi Stories.

Dalam sebuah kenyataan, Instagram menyatakan sebarang efek AR yang mendakwa boleh “meramal, mengenal pasti, merawat atau memulih koronavirus” akan dibuang. Selain itu, ia juga tidak membenarkan pengguna untuk mencari (search) “COVID-19” dalam aplikasi tersebut.

Sebelum ini, Instagram sudah pun bertindak menyekat sebarang hashtag yang mempunyai maklumat palsu dan membuang gambar-gambar yang mengiklankan ubat atau langkah pencegahan palsu. Instagram juga menasihati penggunanya untuk mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan wabak ini.

Kita tidak sepatutnya menggunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat palsu. Kongsi pendapat anda berkaitan berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version