Site icon TechNave BM

Instagram Edits kini sokong sarikata dwibahasa, fungsi “clip lock” dan lagu “trendy”

Instagram telah melancarkan kemas kini untuk aplikasi penciptaan dan penyuntingan video tersendiri mereka, Edits. Kemas kini ini membawakan beberapa ciri baharu untuk memudahkan proses penyuntingan video pencipta kandungan.

Ciri sarikata dwibahasa yang diperkenalkan membolehkan sarikata diterjemahkan secara automatik ke dalam bahasa kedua bagi meluaskan capaian penonton. Antara bahasa yang disokong buat masa ini termasuk bahasa Inggeris, Indonesia, Rusia, Portugis, Gujarati, Sepanyol, Hindi, Korea, Bengali, Jerman, Itali, Thai, Perancis, Jepun dan Kannada.

Aplikasi ini juga kini menyokong templat yang lebih kaya melalui fungsi tindanan untuk membantu pencipta menghasilkan suntingan video yang mempunyai lebih banyak lapisan. Turut ditambah ialah ciri kunci klip yang berfungsi untuk mengekalkan kedudukan klip terpilih semasa proses menyunting bagi memastikan ketepatan yang lebih tinggi serta boleh digunakan semula dalam templat lain.

Selain itu, Instagram Edits turut menambah kesan bunyi bermusim yang menyediakan pilihan audio bertemakan musim panas untuk digunakan dalam penghasilan video. Semua ciri baharu ini telah dilancarkan secara rasmi dan sedia digunakan menerusi aplikasi Instagram Edits untuk pencipta kandungan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Instagram

Exit mobile version