Site icon TechNave BM

Instagram gunakan koleksi digital untuk NFT

Hari ini, Meta mengumumkan bahawa plaform Instagram mereka menyokong sambungan dompet dengan Coinbase Wallet dan Dapper serta keupayaan untuk menyiarkan koleksi digital yang dicetak pada Flow blockchain.

Pengguna perlu menyambungkan dompet digital anda ke Instagram melalui dompet pihak ketiga termasuk Rainbow, MetaMask, Trust Wallet, Coinbase Wallet dan Dapper Wallet yang akan hadir tidak lama lagi. Blockchain yang disokong buat masa ini termasuk Ethereum, Polygon dan Flow. Tiada bayaran akan dikenakan untuk menyiarkan atau berkongsi koleksi digital di Instagram.

Pencipta menggunakan teknologi baharu seperti NFT (Non-fungible Token) untuk mengambil lebih kawalan ke atas kerja, hubungan dengan peminat dan mengembangkan pendapatan. Meta mula menguji koleksi digital dengan segelintir pencipta dan pengumpul Amerika Syarikat (AS) yang akan dapat berkongsi NFT di Instagram yang telah mereka cipta atau beli. 

Antara ciri-ciri yang dinyatakan termasuk:

Menurut Meta, mereka mengumpul dan menyusun data awam daripada blok-blok terbuka seperti Ethereum untuk menyediakan ciri ini. Melalui data blockchain awam pula, mereka mengenal pasti koleksi yang dimiliki oleh pengumpul dan pencipta apabila mereka menyambungkan dompet pihak ketiga mereka ke Instagram. 

Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Meta

Exit mobile version