Site icon TechNave BM

Instagram hentikan fungsi IGTV secara rasmi selepas 4 tahun

Nampaknya, Instagram telah mematikan ciri IGTV secara keseluruhan seperti yang didapati dalam catatan blog rasmi pada hari Isnin, 28 Februari 2022 lalu. IGTV telah diperkenalkan oleh Instagram pada tahun 2018 untuk format video panjang seperti YouTube.

Walaupun IGTV masih mempunyai penonton yang ramai, kebanyakan orang lebih suka menggunakan platform video yang lebih mantap seperti YouTube untuk menyiarkan video mereka yang lebih panjang. Pengguna lebih gemar menggunakan Instagram untuk menyiarkan foto dan video pendek yang berdurasi di bawah 1 minit.

Penghentian IGTV adalah sesuatu yang tidak dijangka. Setelah IGTV dihentikan secara rasmi, syarikat itu berkata mereka akan lebih fokus pada aspek video pendek Instagram dan Instagram Reels. Instagram juga mengumumkan dalam catatan blog yang sama bahawa ia akan mula memaparkan iklan pada suapan (feed) Reels.

Tiada butiran baru diberikan mengenai cara iklan ini berfungsi tetapi Instagram mengesahkan bahawa ini dapat membantu pencipta kandungan mempromosikan video mereka di Reels. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: TechNaveEN

Exit mobile version