Site icon TechNave BM

Instagram keluarkan ikon IGTV kerana kurang sambutan

Jika anda kerap menggunakan fungsi IGTV dalam Instagram, berita ini adalah penting untuk anda. Facebook ingin mengeluarkan ikon IGTV daripada home screen Instagram kerana ikon tersebut tidak digunakan ramai.

Namun ini bukanlah bermakna IGTV akan dikeluarkan daripada Instagram terus. Hanya ikon yang berada di bahagian atas kanan skrin sahaja akan dibuang.

“Kami mendapati bahawa pengguna menonton kandungan IGTV daripada ruangan feed, Explore, profil pengguna dan aplikasi IGTV sendiri. Tidak ramai yang klik pada ikon IGTV yang berada di ruang atas kanan dalam home screen Instagram,” kata seorang wakil Facebook kepada TechCrunch.

Beliau mengatakan Facebook ingin membuatkan penggunaan Instagram seringkas mungkin, jadi syarikat itu memutuskan untuk mengeluarkan ikon itu demi memudahkan pengguna.

Adakah ini akan mempengaruhi penggunaan Instagram anda? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechCrunch

Exit mobile version