Site icon TechNave BM

Instagram kini akan mengesan kapsyen berbaur kesat dan memberi amaran

Instagram telah memerangi gejala buli dalam talian sejak tahun lepas dengan memperkenalkan sistem AI. Terkini, syarikat berkenaan telah mengeluarkan ciri baru di dalam sistem AI yang akan memberi amaran kepada pengguna apabila AI mengesan kapsyen tersebut sebagai kapsyen yang berpotensi berbaur kesat.

Ciri baru ini adalah sama dengan alat penapisan komen yang telah diperkenalkan pada Julai lepas yang mana meminta pengguna agar mempertimbangkan semula perkongsian komen yang menyakitkan hati. Kemudian, disertai dengan ciri sekat “Restrict” yang membenarkan pengguna untuk memberi amaran kepada pembuli mereka. Ciri ini memberi hasil yang menjanjikan berdasarkan matlamat syarikat untuk memerangi buli dalam talian.

Instagram mengesan kapsyen dengan potensi berbaur kesat menggunakan sistem AI

Walau bagaimanapun, ciri baru ini tidak terus menyekat pengguna dari mengongsikan kapsyen yang telah dikesan sebagai kapsyen berbaur kesat, tetapi menggalakkan mereka untuk mengubahnya. Hal ini memperlihatkan keadaan yang masih membenarkan kapsyen dikongsi tanpa diubah. Instagram menyatakan bahawa ciri ini telah mula digunakan di beberapa negara sekarang, tetapi ia akan dikeluarkan secara global pada bulan yang seterusnya.

Jadi sila ambil maklum perubahan baru yang hadir ini. Adakah anda fikir sistem ini boleh menghentikan buli di Instagram? Beritahu di laman Facebook kami dan nantikan lebih berita terkini di TechNaveBM.com!

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version