Site icon TechNave BM

Instagram kini benarkan anda sunting mesej DM dalam masa 15 minit selepas ia dihantar

Meta telah mengumumkan beberapa fungsi baharu dalam permesejan terus (direct messaging, DM) Instagram, termasuklah kebolehan untuk anda sunting mesej yang dihantar dalam masa 15 minit selepas menghantarnya.

Untuk menyunting mesej, anda hanya perlu menekan lama pada mesej tersebut, kemudian anda pilih “Edit” (“Sunting”) pada menu yang dipaparkan.

Anda boleh sunting mesej yang dihantar dalam masa 15 minit selepas menghantarnya
Anda boleh pinkan mesej tertentu ke bahagian atas inbox

Di samping itu, anda juga boleh pinkan sehingga tiga mesej ke bahagian atas inbox. Untuk melakukan sedemkian, anda boleh leret ke kiri atau tekan lama pada mesej, kemudian pilih “pin”.

Anda juga boleh hidpukan Read Receipts untuk biarkan orang tahu sama ada anda sudah membaca mesej orang lain.

Anda boleh aktif atau matikan Read Receipts
Anda boleh balas mesej dengan sticker, GIF, video dan mesej suara

Selain itu, anda boleh simpan Pelekat (Stickers) kegemaran anda untuk akses yang lebih cepat apabila anda ingin membalas mesej. Anda juga boleh membalas mesej dengan GIF, video, gambar dan mesej suara.

Instagram juga menyediakan beberapa tema latar belakang yang beranimasi untuk inbox anda, seperti Love, Lollipop, Avatar: The Last Airbender dan banyak lagi.

Latar belakang Avatar

Kongsi pendapat anda tentang fungsi ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Meta

Exit mobile version