Site icon TechNave BM

Instagram lancar ciri “Playback”, imbau kembali “Story” sepanjang 2021

Instagram sedang membangunkan beberapa ciri baharu tahun ini dan antaranya adalah suapan kronologi (chronological feed) yang mungkin tersedia pada tahun depan. Memandangkan kita menghampiri penghujung tahun 2021, syarikat itu melancarkan ciri “Main Semula” (playback) yang akan meringkaskan sehingga 10 cerita kegemaran atau kerap dimainkan untuk mencerminkan pengalaman 2021 anda.

Hari ini, anda sudah boleh mula menggunakan ciri playback baharu namun ciri ini terhad untuk beberapa minggu sahaja. Pengguna akan dapat melihat mesej timbul di atas suapan anda yang memberitahu mereka untuk melihat playback 2021. Anda hanya perlu klik masuk dan secara automatik ia akan memainkan playback untuk tahun ini.

Sekiranya anda ingin berkongsi video Instagram, anda boleh menyunting dengan menambah atau mengalih keluar cerita daripada video playback yang disediakan. Anda perlu mengemas kini dan lihat di bahagian atas suapan anda.

Oleh itu, nantikan di halaman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version