Site icon TechNave BM

Instagram lancarkan ciri AMBER Alerts, bantu pencarian kanak-kanak hilang

Kini, Instagram (IG) telah melancarkan AMBER Alerts berfungsi untuk membantu orang ramai melihat dan berkongsi notis kehilangan kanak-kanak di kawasan mereka.

Namun ciri ini masih tidak diketahu ramai. AMBER Alerts telah wujud sejak 2015 di Facebook dan ia membantu dalam mengesan kanak-kanak yang hilang. Ciri ini membuat penampilan di Instagram dengan memberi amaran termasuk butiran penting kanak-kanak yang hilang seperti foto, penerangan, lokasi yang diculik dan maklumat lain.

Profil IG, alamat IP dan perkhidmatan lokasi anda mesti dihidupkan untuk menggunakan AMBER Alerts. Ciri ini akan diaktifkan oleh penguatkuasaan undang-undang dan sekiranya anda berada di kawasan carian yang ditetapkan, ia akan dipaparkan pada suapan Instagram anda. Anda boleh berkongsi makluman seperti yang dinyatakan di atas untuk menyebarkan maklumat.

Malaysia turut menjadi sebahagian daripada negara-negara pertama yang menerima kemas kini untuk pelancaran fungsi baharu ini. AMBER Alerts dibangunkan dengan kerjasama National Center for Missing & Exploited Children (NCMEC) di Amerika Syarikat (AS), International Centre for Missing & Exploited Children, National Crime Agency di United Kingdom (UK), Attorney General’s Office di Mexico, Australian Federal Police dan banyak lagi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: About Instagram

Exit mobile version