Site icon TechNave BM

Instagram lancarkan ciri peta baharu untuk bantu pengguna temui lebih banyak tempat

Pada minggu ini, Instagram telah mengumumkan fungsi baharu bagi ciri peta dalam platform untuk pengguna iOS dan Android. Dengan ciri baharu ini, anda boleh menemui tempat-tempat baharu atau berdekatan pada lokasi yang telah dikongsi oleh pengguna lain.

Menurut sumber, anda mungkin mencari lokasi tertentu pada tab Teroka (Explore) atau klik pada lokasi yang ditandakan oleh rakan-rakan anda. Selepas itu, peta akan muncul dan anda boleh melihat lokasi lain yang dikongsi pada siaran dan Stories. Anda juga boleh menetapkan pilihan tempat tertentu seperti kafe, acara dan hotel.

Anda boleh menyimpan tempat yang disukai untuk kemudian, menghantar mesej terus, berkongsi lokasi dengan rakan dan keluarga anda secara langsung. Anda boleh mencuba fungsi tersebut di Instagram anda sekarang dan pastikan aplikasi tersebut adalah versi terkini. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version