Baru-baru ini, Instagram dengan bangganya mengumumkan bahawa penggunanya kini boleh melihat pratonton siaran Instagram di Twitter. Ia akan muncul secara automatik sebaik sahaja anda memasukkan mana-mana pautan Instagram ke dalam kicauan (tweet) anda.
Instagram sebelum ini mengatakan bahawa mereka tidak akan membawakan ciri pratonton siaran Instagram di Twitter. Kenyataan tersebut dinyatakan pada 10 tahun lepas. Namun hari ini, Instagram secara tiba-tiba memperkenalkan semula ciri tersebut.
Ia menimbulkan persoalan mengapa Instagram secara tiba-tiba membuat langkah yang sedemikian. Sedekad lalu, fungsi ini wujud sehingga Facebook membeli Instagram. Berikutan langkah itu, Twitter menyekat Instagram daripada menggunakan APInya yang mana ia membolehkan orang ramai mencari rakan Twitter di Instagram.
Susulan daripada tindakan tersebut, Instagram kemudiannya bertindak balas dengan menghalang Twitter daripada mengirimkan pratonton siaran Instagram ke dalam tweet apabila pengguna berkongsi pautan Instagram.
Tidak sangka bahawa syarikat yang mengaut keuntungan berbillion dollar bercanggah pendapat mengenai isu yang remeh ini. Hari ini, Meta (syarikat induk Facebook yang telah ditukar nama) nampaknya telah memulakan usaha untuk meningkatkan imejnya yang sebelum ini mempunyai rekod buruk.
Bermula dengan menjenamakan semula kepada Meta dan kemudian disusuli dengan pengumuman bahawa penandaan muka automatik akan dihapuskan. Tambahan, ciri pratonton di Twitter hanyalah satu lagi langkah dalam strategi yang untuk meningkatkan imejnya.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi Twitter yang dikembalikan semula ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: GSMArena

