Site icon TechNave BM

Instagram Lite dilancar, tampilkan aplikasi seringan 2MB sahaja

Pengguna Instagram kini boleh menggunakan aplikasi tersebut dalam versi yang lebih ringan iaitu Instagram Lite yang mempunyai saiz 2MB sahaja. Aplikasi tersebut direka untuk menawarkan fungsi-fungsi asas Instagram dengan pantas untuk setiap jenis peranti.

Instagram Lite kini sedang ditawarkan di lebih 170 negara. Instagram berharap aplikasi ringan ini boleh membantu pengguna yang berada dalam negara membangun di mana infrastruktur internet mungkin masih tidak stabil dan mempunyai kelajuan yang perlahan.

Aplikasi tersebut dihasilkan susulan Facebook Lite yang mendapat sambutan meluas di kalangan pengguna telefon pintar. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan Instagram Lite dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version