Site icon TechNave BM

Instagram mula uji sokongan NFT dengan sekumpulan kecil pencipta kandungan

Hari ini, banyak syarikat yang sudah mengiktiraf Non-Fungible Token (NFT) dalam mana-mana platform yang mereka miliki. Instagram kini termasuk salah satu syarikat tersebut dan ia telah mula menguji NFT. Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Instagram Adam Mosseri dalam pengumuman video pendeknya.

Dalam fasa ujian, hanya segelintir pengguna Instagram di AS akan dapat menguji NFT pada suapan berita, cerita serta mesej mereka. NFT masih akan muncul seperti foto biasa tetapi dengan tanda “barang koleksi digital” yang akan menunjukkan nama pencipta dan pemilik.

Semasa mengumumkan berita itu, Mosseri juga mengakui bahawa mungkin terdapat beberapa ketegangan antara syarikat korporat dan teknologi blockchain (seperti Web3) disebabkan pengagihan kepercayaan dan kuasa. Selain itu, beliau menekankan bahawa sokongan NFT di Instagram adalah untuk membantu pencipta menjalankan perniagaan dan memperkenalkannya kepada orang ramai.

Ia akan mengambil sedikit masa untuk Instagram melancarkan sepenuhnya kemas kini NFT. Ini kerana Mosseri sendiri berkata bahawa syarikat itu ingin belajar daripada komuniti tentang langkah yang berkesan berkesan bermula daripada sekumpulan kecil pencipta kandungan di AS.

Menariknya, Mark Zuckerberg juga berkata Facebook sedang menguji NFT dan akan datang ke aplikasi milik Meta yang lain. Selain itu, Twitter telah pun membolehkan sokongan NFT untuk penggunanya memaparkan kandungan pada gambar profil mereka.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: The Verge

Exit mobile version