Site icon TechNave BM

Instagram mungkin lancarkan fungsi NFT pada minggu ini

Non-Fungible Token (NFT) daripada beberapa rantaian-blok popular dalam seni kripto akan hadir ke Instagram pada hari ini. Media sosial yang dimiliki oleh Meta sedang merancang integrasi NFT untuk Ethereum, Polygon, Solana dan Flow seawal minggu ini.

Rangkaian tersebut menjadi tuan rumah kepada sebahagian besar perdagangan dalam koleksi digital dengan Ethereum dan Bored Apes yang mendahului dalam pasaran. Mereka akan memulakan NFT di Amerika Syarikat (AS), namun maklumat ini masih tidak jelas sama ada mereka akan menyokong NFT daripada keempat-empat rantaian semasa pelancaran.

CoinDesk telah mengesahkan Instagram tidak akan mengenakan bayaran kepada pengguna untuk menghantar dan berkongsi NFT. Keputusan ini mungkin kelihatan tergesa-gesa dalam mengikuti budaya baharu untuk NFT kerana Instagram mempunyai lebih satu bilion pengguna aktif bulanan yang menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan dan memasarkan seni mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Meta Mark Zuckerberg memberitahu inisiatif tersebut pada bulan Mac tanpa mendedahkan banyak butiran. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber:  CoinDesk

Exit mobile version