Menjelang Hari Muzik Sedunia, Instagram memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna kongsikan lagu yang sedang dimainkan di Spotify terus ke Instagram Notes. Pengguna hanya perlu pautkan akaun Spotify terlebih dahulu melalui tetapan Instagram, kemudian pilih lagu yang sedang dimainkan untuk dikongsi.
Jika tiada lagu dimainkan ketika itu, nota akan dikemas kini secara automatik dengan lagu seterusnya dalam tempoh 30 minit. Pengguna juga boleh tambah teks sebelum menyiarkan nota tersebut. Pautan akaun juga boleh dibuat terus daripada lagu dalam Reels, Stories atau semasa mencipta nota dengan menekan butang “Link Spotify”.
Dalam masa yang sama, Instagram turut umumkan satu lagi ciri penting iaitu kebolehan untuk susun semula siaran di grid profil. Sebelum ini, pengguna hanya boleh susun siaran mengikut masa atau pin siaran tertentu ke bahagian atas. Dengan kemas kini ini, pengguna boleh atur semula susunan mengikut kehendak masing-masing.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Financial Express

