Site icon TechNave BM

Instagram perkenalkan fungsi baru untuk lindungi pengguna di kalangan remaja

Perkhidmatan media sosial popular Instagram telah memperkenalkan beberapa fungsi bagi melindungi para penggunanya yang masih remaja, terutamanya di kalangan remaja 13 hingga 18 tahun. Instagram telah bekerjasama dengan The Child Mind Institute dan ConnectSafely untuk menhasilkan panduan Parents Guide buat ibu bapa.

Antara fungsi yang penting adalah fungsi berasaskan umur pengguna, di mana Instagram akan mengurangkan interaksi di antara orang dewasa dan remaja yang tidak saling mengikuti. Sebagai contoh, jika seorang dewasa cuma meninggalkan mesej pada pengguna remaja yang tidak diikutinya, sebuah mesej akan terpapar, “You can’t message this account unless they follow you.”

Instagram juga akan menghantar pemberitahuan Safety Notices kepada remaja sekiranye mereka mendapat mesej daripada orang dewasa yang tidak diikuti. Selain itu, Instagram juga akan menyukarkan aktiviti seorang dewasa jika beliau memaparkan tingkah laku yang mencurigakan di kalangan pengguna remaja.

Untuk menggunakan Instagram, pengguna perlu berumur sekurang-kurangnya 13 tahun dan para pendaftar baru kini perlu mengesahkan umur mereka bagi mengelakkan penipuan di kalangan pengguna bawah umur. Instagram juga akan menggalakkan pengguna remaja untuk menetapkan akaun mereka kepada peribadi (private).

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Instagram

Exit mobile version