Instagram telah memperkenalkan pelbagai fungsi baru bagi memudahkan perniagaan kecil untuk berniaga dengan mudah dalam platform tersebut, seperti Instagram Shop. Pada hari ini, Instagram telah memperkenalkan Professional Dashboard kepada semula pemilik akaun Business Account dan Creator Account untuk tujuan yang sama.
Professional Dashboard membantu peniaga untuk menjejak trend dan maklumat perniagaan berdasarkan statisitk jualan mereka. Di samping itu, ia juga menawarkan beberapa fungsi untuk membesarkan operasi mereka seperti Badges, Branded Content, Checkout dan Instagram Shop.
Bagi menasihati perniagaan kecil dalam menggunakan platform tersebut, Professional Dashboard turut menyediakan panduan dan nasihat kepada para peniaga untuk menjalankan perniagaan mereka. Instagram berharap semua fungsi ini yang ditempatkan dalam Professional Dashboard akan memudahkan peniaga dalam menjual produk atau perkhidmatan mereka.
Instagram akan terus menambah baik Professional Dashboard pada masa akan datang. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Instagram Blog

