Site icon TechNave BM

Instagram perkenalkan Live Rooms, benarkan anda untuk buat sesi Live bersama tiga orang

Jika anda adalah pengguna Instagram yang kerap membuat siaran langsung, fungsi terbaru yang bernama Live Rooms pasti akan menghiburkan anda. Sebelum ini anda hanya boleh membuat siaran langsung bersama seorang lagi rakan, kini Live Rooms membenarkan anda untuk menjemput dua lagi rakan, menjadikan jumlah pengguna yang boleh menyertai siaran anda kepada tiga orang.

Instagram berharap fungsi ini akan membina peluang untuk pelbagai bentuk kandungan seperti program sembang (talk show), jamming muzik, sesi beramah mesra dengan para pengikut atau untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan.

Live Rooms juga akan memperkenalkan fungsi-fungsi perniagaan, seperti Shopping, memulakan tabungan Live Fundraisers dan membenarkan penonton untuk membeli badges. Instagram juga sedang membina fungsi tambahan seperti fungsi moderator dan tambahan audio.

Adakah anda berminat untuk menggunakan ciri baru dalam Instagram ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Instagram Blog

Exit mobile version