Site icon TechNave BM

Instagram sedang bangunkan ciri “Take a Break”, beri peringatan jika terlalu lama menggunakannya

Ketua Instagram, Adam Mosseri mengatakan bahawa platform instagram sedang menguji ciri ‘Take a Break’ yang telah lama ditunggu-tunggu untuk mereka yang menghabiskan masa yang lama di platform ini.

Menurut Mosseri di Twitter, ciri tersebut memberi anda masa rehat dalam 10 hingga 30 minit setelah anda menggunakan aplikasi dalam jangka masa tertentu. Ia adalah sebahagian usaha untuk mencuba dan memberikan pengguna lebih kawalan serta membentuk Instagram menjadi aplikasi yang sesuai untuk mereka.

Ciri Take a Break ini, dalam penelitian yang ketat oleh Instagram dan Meta (Facebook) selepas Frances Haugen memberi keterangan mengenai kesan negatif terhadap kesihatan mental golongan muda. Kebanyakan remaja lebih banyak meluangkan masa di Instagram tanpa kawalan diri untuk mengurangkan penggunaan aplikasi.

Jurucakap syarikat turut menyatakan bahawa pengguna perlu memilih untuk mengaktifkan ciri tersebut. Namun, menurut e-mel yang dihantar kepada The Verge mengatakan mereka akan menghantar pemberitahuan kepada remaja untuk mengaktifkan ciri tersebut.

Pengaktifan tersebut memberi peringatan yang akan muncul di skrin peranti dengan mengatakan “tarik nafas dalam-dalam, tulis apa yang anda fikirkan, dengar lagu kegemaran anda, lakukan sesuatu dalam senarai tugasan anda.”

Instagram bekerjasama dengan pakar pihak ketiga untuk mendapatkan nasihat tentang petua yang hendak ditawarkan dan cara merangka waktu rehat. Jika mereka bersetuju maka ia mungkin dilancarkan pada bulan depan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version