Site icon TechNave BM

Instagram sedang bangunkan Stories yang boleh ditatal secara menegak seperti TikTok

Jika anda sedar, anda melihat dan membelek kandungan video TikTok ke atas atau bawah secara menegak. Jika melihat Stories di Instagram pula, anda membelek dan menatal kandungan dari kanan ke kiri, atau kiri ke kanan. Terkini, Instagram dilapor cuba membangunkan Stories yang boleh ditatal secara menegak seperti TikTok.

Menurut sumber, Instagram sudah mengesahkan bahawa ia sedang membangunkan format baharu untuk Stories. Jadi, anda bakal boleh menatal Stories secara menegak memandangkan Instagram merasakan gerakan ini adalah gerakan yang lebih semulajadi untuk aplikasi.

Ciri ini dilihat pertama kali oleh pengguna Twitter Alessadro Paluzzi. Sumber turut menyatakan bahawa fungsi baru ini masih lagi berada pada tahap prototaip dan diuji. Ia juga mungkin hanya sekadar diuji dan tidak akan dikeluarkan.

Namun, apakah pendapat anda? Adakah anda lebih selesa menatal kandungan Stories secara melintang seperti Instagram atau menatal kandungan secara menegak seperti di TikTok? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Techcrunch

Exit mobile version