Site icon TechNave BM

Instagram sedang uji fungsi Flipside, benarkan pengguna cipta akaun rahsia untuk rakan karib

Ketua Instagram, Adam Mosseri, berkata perkhidmatan media sosial itu sedang menguji fungsi baharu bernama Flipside yang akan membenarkan pengguna mencipta akaun tambahan yang lebih privasi dan dikhaskan untuk rakan-rakan terpilih sahaja. Sebelum ini, akaun kedua seperti itu lebih dikenali dalam kalangan pengguna Instagram sebagai “finsta” iaitu singkatan daripada “fake Instagram”.

Biasanya, akaun finsta digunaka oleh pengguna untuk memuat naik sesetengah gambar atau video yang lebih peribadi dan tidak ingin ditonton oleh orang awam, namun pada masa yang sama pengguna itu tidak ingin menetapkan akaun asal mereka kepada Private.

Buat masa ini, Flipside hanya akan diuji dengan beberapa pengguna terpilih sahaja dan Mosseri sendiri masih tidak pasti jika ia akan ditawarkan kepada pengguna umum pada masa hadapan.

Post by @mosseri
View on Threads

Ini adalah kerana Instagram sebenarnya sudah pun mempunyai fungsi yang membolehkan pengguna untuk berkongsi kandungan dengan individu-individu terpilih sahaja iaitu Rakan Karib (Close Friends). Sewaktu pengguna memuat naik gambar atau video, beliau boleh pilih tetapan Close Friends supaya ia hanya boleh dilihat oleh beberapa pengguna yang telah dipilih terlebih dahulu.

Flipside merupakan salah satu inisiatif daripada Meta untuk menawarkan fungsi yang lebih peribadi kepada para pengguna. Sungguh pun begitu, kami masih tidak pasti apakah perbezaan ketara antara Flipside dengan Close Friends.

Post by @mattnavarra
View on Threads

Adakah anda berminat dengan fungsi ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechCrunch

Exit mobile version