Site icon TechNave BM

Instagram sertakan foto, video dan Reels dalam perkhidmatan langganan berbayar

Pada Januari lalu, Instagram memperkenalkan perkhidmatan langganannya untuk pencipta memperoleh keuntungan melalui apa yang mereka siarkan di platform media sosial. Langganan hanya meliputi kandungan seperti cerita (stories) dan strim langsung.

Kini, Instagram akan menambah foto, video atau Reels ke dalam pakej yang merupakan permintaan paling tinggi oleh pencipta. Buat sementara ini, perkhidmatan langganan hanya tersedia untuk pengguna Amerika Syarikat (AS).

Terdapat ciri Sembang Pelanggan (Subscriber Chats) yang membolehkan pencipta berinteraksi secara langsung dengan peminat mereka melalui kumpulan sembang yang berakhir dalam masa 24 jam. Kemas kini baharu juga telah menambah tab baharu yang menyimpan semua kandungan eksklusif dipanggil Laman Utama Pelanggan (Subscriber Home).

Instagram juga sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan tersebut ke peringkat global tetapi kami masih tidak ketahui akan tarikh rasminya. Langganan boleh dijangka sekitar $0.99 (~RM4) hingga $99.99 (~RM444) sebulan untuk kandungan eksklusif di AS tanpa sebarang komisen yang akan diambil.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version