Site icon TechNave BM

Instagram uji fungsi untuk sorokkan bilangan “Like” pada gambar

Hari ini, Instagram akan uji ciri baru yang membolehkan pengguna untuk menyembunyikan bilangan sukaan like pada gambar. Para pengguna boleh pilih sama ada mereka ingin melihat jumlah like pada profil orang lain atau tidak, serta menyembunyikan jumlah like dalam gambar mereka daripada dilihat oleh orang lain.

Instagram telah pun menguji ciri ini sejak 2019, namun kehadiran wabak COVID-19 telah memaksa syarikat media sosial itu untuk meletakkan kepentingan pada fungsi lain dalam aplikasi tersebut. Selepas mereka mendapat maklum balas pada ujian awal, Instagram mendapati terdapat sesetengah pengguna yang menghargai fungsi tersebut, namun untuk akaun perniagaan pula, mereka lebih gemar jika bilangan like dipaparkan.

Pengguna sendiri boleh pilih untuk mengaktifkan fungsi ini atau tidak. Buat masa ini, ia akan diperkenalkan secara perlahan-lahan kepada pengguna di seluruh dunia. Sementara itu, Facebook juga dilaporkan sedang menguji untuk fungsi yang sama.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechCrunch

Exit mobile version