Site icon TechNave BM

Instagram uji pengesahan umur melalui video swafoto dan jaminan sosial

Di Amerika Syarikat (AS), Instagram telah menggunakan cara baharu untuk meminta anda mengesahkan umur anda. Sebelum ini, anda hanya perlu memuat naik ID dan kini terdapat kaedah yang mengambil masa sedikit masa untuk pengesahan. 

Pertama, Instagram akan meminta video swafoto anda. Arahan akan diberikan di skrin dan video tersebut akan dikongsi kepada Yoti, sebuah syarikat pengesahan umur yang bekerjasama dengan Instagram dalam usaha ini. Teknologi Yoti boleh menganggar umur anda berdasarkan ciri wajah dan kemudian video itu dipadamkan selepas keputusan dalam masa 20 minit.

Kedua adalah jaminan sosial di mana anda perlu meminta pengikut untuk mengesahkan umur anda. Orang yang memberikan jaminan mestilah berumur lebih daripada 18 tahun dan tidak menjamin orang lain pada masa itu. Anda perlu memilih tiga orang dan mereka perlu membalas permintaan itu dalam masa tiga hari.

Pengesahan umur ini dilakukan untuk memastikan pengguna Instagram adalah lebih dari 13 tahun serta untuk menyesuaikan platform mengikut kesesuaian anda. Sebagai contoh, akaun pengguna di kalangan umur 13 hingga 17 tahun akan dihadkan bagi kenalan yang tidak dikenali, pengiklan dan akaun akan diprivasikan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version