Site icon TechNave BM

Instagram umumkan iklan dalam hasil carian dan bolehkan peniaga jalankan ‘reminder ads’

Platform media sosial milik Meta, Instagram telah mengumumkan bahawa ia melancarkan dua peletakan iklan baharu pada aplikasinya. Ini termasuk iklan dalam hasil carian dan pemberitahuan ‘iklan peringatan’ (reminder ads).

Instagram menghuraikan bahawa dua produk iklan baharu itu akan membantu lebih banyak perniagaan untuk ditemui. Melalui iklan dalam hasil carian, perniagaan boleh menjangkau orang yang mencari produk dan kandungan tertentu secara aktif.

Iklan akan dipaparkan dalam suapan (feed) apabila pengguna menatal siaran daripada hasil carian. Selain itu, ia juga mendedahkan bahawa peletakan iklan ini akan dilancarkan secara global dalam beberapa bulan akan datang.

Bagi iklan peringatan, perniagaan boleh mengumumkan, mengingatkan dan memberitahu orang ramai tentang acara atau pelancaran mereka. Ciri ini akan berjalan untuk semua pengiklan sebagai pilihan dalam suapan.

Pengguna mempunyai pilihan untuk keluar daripada menerima iklan peringatan. Sekiranya mereka ikut serta, mereka akan menerima tiga pemberitahuan daripada Instagram sehari sebelum, 15 minit sebelum dan pada masa acara.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber:  Instagram

Exit mobile version