Site icon TechNave BM

Institusi pendidikan tidak lagi menggunakan Zoom untuk pembelajaran dalam talian

Zoom adalah sebuah perisian panggilan video yang mendapat penggunaan tinggi sewaktu wabak COVID-19 ini berlarutan di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, rekod keselamatan dan privasi terhadap penggunanya tidaklah bagus kerana panggilan video Zoom kerap diganggu oleh penggodam dan lain-lain pihak tidak bertanggungjawab.

Nampaknya kini institusi pendidikan yang sebelum ini menggunakan Zoom untuk mengadakan kelas dalam internet, kini mengabaikan perisian itu atas sebab-sebab keselamatan. Banyak sekolah di Amerika Syarikat kini sedang mencari alternatif kepada Zoom seperti Microsoft Teams.

Mereka juga melihat pada fungsi Skype yang baru, Meet Now, untuk menggantikan Zoom. Meet Now menawarkan panggilan video berkumpulan secara mudah seperti Zoom.

Adakah mesyuarat atau kelas anda juga ingin menggantikan Zoom dalam menganjurkan panggilan video dalam talian? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version