INTEL telah memberi komitmen untuk melabur RM70 bilion dalam tempoh 10 tahun bagi mengembangkan operasinya di Pulau Pinang dan Kulim, Kedah. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata pelaburan ini dijangka mewujudkan lebih 4,000 pekerjaan di Intel dan lebih 5,000 pekerjaan dalam sektor pembinaan.
Tambahnya lagi, beliau mengalu-alukan komitmen Intel dan kerjasama seperti itu akan diteruskan dengan syarikat lain dalam usaha meningkatkan pelaburan di Malaysia. Intel ialah pengeluar semikonduktor terbesar di dunia dan merupakan antara perintis dalam industri elektrik dan elektronik di Malaysia yang mula beroperasi pada 1972.
Menteri itu juga mengadakan pertemuan dengan presiden dan naib presiden P&G bagi Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika iaitu Suranjan Magesvaran serta Cecilia Tan. Zafrul berkata bahawa P&G menunjukkan minat untuk melabur lebih banyak di Malaysia dengan perbincangan mengenai peluang mereka di sini.
Tengku Zafrul juga mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Perdagangan dan Pertumbuhan Eksport New Zealand, Damien O’Connor dan ketua pegawai eksekutif Pelabuhan Antwerp-Bruges, Jacques Vandermeiren. Apakah pandangan anda tentang pekaburan ini?
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: BERNAMA

