Site icon TechNave BM

Intel lancar logo baru di samping Intel Core Processor generasi ke-11

Syarikat teknologi Intel telah melancarkan 11th Generation Intel Core Processors yang terdiri daripada sembilan pemproses, merangkumi siri Intel Core i3, Core i5 dan Core i7. Semua pemproses baru ini turut dilengkapi Iris X Graphics yang menjana prestasi lebih untuk tugasan-tugasan grafik intensif.

Pemproses-pemproses baru ini difokuskan untuk komputer riba memandangkan ia dibina menggunakan proses 10nm dan teknologi SuperFin yang membenarkan transistor untuk menjana prestasi yang lebih tinggi. Intel mengatakan pemproses baru ini mempunyai kelajuan clock sehingga 4.8GHz, sesuatu yang agak baik untuk komputer riba.

Intel turut mengatakan komputer riba yang dilengkapi pemproses generasi ke-11 ini menyokong Thunderbolt 4, Wi-Fi 6 dan prestasi kecerdasan buatan (AI) yang lebih baik. Di samping pemproses baru ini, Intel turut memperkenalkan logo baru buat syarikat tersebut iaitu logo ketiga dalam sejarah Intel.

Kita boleh jangkakan pemproses baru ini dalam pelbagai jenama komputer riba tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version