Site icon TechNave BM

Intel lancarkan jenama GPU baharu bernama Intel Arc, dijual bermula 2022

Sebelum ini, Intel telah pun mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan produk unit pemproses grafik (GPU) berprestasi tinggi dan kini mereka telah mengumumkan jenama baharu untuk produk tersebut iaitu Intel Arc. Generasi pertama untuk jenama produk itu mempunyai kod nama Alchemist dan akan diikuti dengan Battlemage, Celestial dan Druid.

Intel Arc akan dilengkapi senibina mikro (microarchitecture) Xe HPG yang menyokong teknologi hardware-based ray tracing, super sampling berdasarkan kecerdasan buatan (AI) dan program antara muka DirectX 12 Ultimate.

Produk ini akan disasarkan kepada gamers yang mahukan prestasi terpantas serta pencipta kandungan (content creators). Produk pertama dalam siri Intel Arc Alchemist akan dilancar pada suku pertama 2022.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Intel

Exit mobile version