Site icon TechNave BM

Intel sahkan masuk ke pasaran GPU, gugat dominasi Nvidia

Intel Corporation mengisytiharkan perang terbuka terhadap penguasaan mutlak Nvidia dalam sektor unit pemprosesan grafik (GPU). Intel kini mengalihkan sebahagian besar kapasiti pengeluarannya untuk membangunkan seni bina GPU khusus bagi kegunaan pusat data AI. Ia dilihat sebagai cubaan paling berani Intel untuk merampas semula takhta dalam industri semikonduktor.

Tambahan, Intel ingin memecahkan monopoli harga yang selama ini dikawal oleh Nvidia dengan memperkenalkan cip gred perusahaan yang lebih cekap tenaga. Penganalisis menyifatkan kemunculan semula Intel ini sebagai “penyelamat” kepada rantaian bekalan yang sering terganggu.

Kehadiran pesaing yang kuat dijangka akan menstabilkan harga komponen di pasaran global dan mempercepatkan kadar inovasi teknologi AI. Setakat ini, Intel dilaporkan sudah mula menerima tempahan awal daripada beberapa gergasi teknologi di Asia dan Eropah. Strategi ini dijangka akan mengubah landskap ekonomi digital secara drastik menjelang penghujung tahun 2026.

Sementara itu, Nvidia dijangka akan memberikan respons balas melalui pelancaran seni bina cip terbaharu mereka dalam masa terdekat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Tech Crunch

Exit mobile version