Site icon TechNave BM

Intel umumkan empat pemproses komputer Intel Core 11th Gen baru

Dalam acara Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2021 semalam, Intel telah melancarkan empat pemproses komputer yang baru iaitu 11th Gen Intel ® Core™ vPro, N-series Intel ® Pentium ® Silver & Celeron, 11th Gen Intel® Core™ H-series dan 11th Gen Intel® Core™ S-series.

11th Gen Intel ® Core™ vPro ditujukan kepada penggunaan perniagaan untuk prestasi pantas serta dilengkapi Intel Hardware Shield untuk keselamatan siber yang kukuh. Ia menampilkan teknologi Intel SuperFin 10nm, grafik Intel Iris X serta kelajuan lebih tinggi sebanyak 23% untuk penggunaan pelbagai perisian produktiviti seperti Office 365.

Intel® Evo™ vPro® pula merupakan platform untuk komputer riba yang digunakan buat tujuan perniagaan, dengan kelajuan pantas serta hayat bateri yang lama. N-series Intel ® Pentium ® Silver & Celeron ditujukan kepada produk komputer yang akan digunakan untuk pendidikan, di mana ia memberikan prestasi lebih pantas sehingga 35% daripada generasi sebelumnya.

Buat gamers pula, 11th Gen Intel® Core™ H-series pula menampilkan pemproses H35 yang kecil dengan kelajuan sehingga 5GHz untuk komputer riba gaming senipis 16mm. Acer, ASUS, MSI dan Vaio telah pun mengesahkan bahawa mereka akan menghasilkan komputer riba dengan pemproses tersebut pada separuh pertama 2021.

Intel turut memberi pratonton untuk pemproses seterusnya, seperti Rocket Lake-S yang menampilkan kitaran gen-over-gen instructions yang lebih pantas sehingga 19%. Sementara itu, pemproses Alder Lake pula dilengkapi arkitektur x86 terbaru dan dibuat dengan teknologi 10nm SuperFin. Ia akan dilancar pada separuh kedua tahun ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version