Site icon TechNave BM

Internet 1GB percuma dari kerajaan kini 24 jam, tidak termasuk media sosial

Semalam, pada 30 Jun 2020, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), telah memuat naik satu pengumuman berkenaan kemudahan 1GB Harian Internet Produktiviti yang diberikan oleh kerajaan untuk menyokong Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Kemudahan ini ditawarkan oleh pembekal perkhidmatan mudah alih seperti Celcom, Maxis, Digi, Umobile dan Unifi mobile bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2020.

Sebelum ini, kemudahan ini ditawarkan daripada pukul 8 pagi sehingga 6 petang. Kini, ianya telah menjadi 24 jam daripada 12:01 pagi sehingga 11:59 malam untuk memudahkan pengguna melayari Internet sepanjang masa.

Walau bagaimanapun, kemudahan 1GB Harian Internet Produktiviti ini hanya boleh digunakan untuk melayari pelbagai perkhidmatan pendidikan, produktiviti dan maklumat. Kemudahan ini tidak boleh digunakan untuk bermain game, strim lagu, penggunaan media sosial dan menonton video. Anda tidak perlu risau kerana aplikasi seperti Google Chrome dan WhatsApp boleh digunakan dengan kemudahan ini.

Terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version