Site icon TechNave BM

Internet percuma, pelepasan cukai gajet dan lain-lain bantuan teknologi bawah PERMAI

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah mengumumkan program bantuan terbaru untuk rakyat sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI). Bantuan berjumlah RM15 bilion ini merangkumi pelbagai aspek hidup rakyat termasuklah moratorium pinjaman, potongan cukai, pemberian bantuan kewangan dan banyak lagi.

Daripada segi teknologi, kerajaan akan melepaskan cukai pembelian sehingga RM2,500 untuk sebarang pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet yang dibeli sehingga 31 Disember 2021. Ini adalah bagi membantu rakyat membeli peranti elektronik yang menjadi semakin penting sewaktu pelaksanaan PKP.

Selain itu, rakyat juga boleh menikmati data internet percuma harian sebanyak 1GB yang akan dilanjutkan sehingga 30 April 2021. Kerajaan telah memperuntukkan sehingga RM500 juta untuk inisiatif ini.

Bagi membantu para pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM, STPM serta pelajar Institut Pengajian Tinggi, Pakej Telekomunikasi Khas untuk mereka akan dilanjutkan sehingga April 2021, iaitu selepas peperiksaan SPM dan STPM habis dilaksanakan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version