Site icon TechNave BM

iOS 14.2 beri petunjuk, Apple tidak berikan EarPods di dalam kotak iPhone 12

Sebelum ini, terdapat beberapa sumber telah memberitahu bahawa Apple tidak akan memberi EarPods di dalam kotak telefon siri iPhone 12 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Kini, perubahan kecil pada kod dalam iOS 4.2 mengesahkan pelan Apple itu.

Di dalam perisian iOS 14 dan versi iOS yang lebih awal, terdapat ayat yang menyatakan tentang pengurangan pendedahan tenaga RF (frekuensi radio) dengan menggunakan “fon telinga yang dibekalkan”. Namun, pada iOS 14.2, perkataan dalam ayat ini berubah kepada “fon telinga” sahaja tanpa perkataan “yang dibekalkan”. Ini menjadi petunjuk akan ketiadaan EarPods di dalam kotak siri iPhone yang akan datang.

Perubahan pada kod dalam perisian iOS 14.2

Apple dikhabarkan akan membuang pengecas (power adapter) dan EarPods dari kotak siri iPhone 12 untuk penjimatan kos akibat dari harga cipset 5G yang mahal. Perubahan ini juga akan membolehkan Apple untuk kecilkan saiz kotak iPhone, kurangkan pembungkusan dan pencemaran alam sekitar.

Apapun, info ini bukanlah info rasmi dari pihak Apple. Nantikan matlumat rasmi pada hari pelancaran iPhone 12 mungkin sekitar 13 Oktober ini.

Bagaimana dengan berita mengenai kotak iPhone 12 ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version