Site icon TechNave BM

iOS 14 Beta untuk awam kini boleh dimuat turun, bukan untuk sekadar mencuba

Anda pastinya sudah tahu mengenai iOS 14 yang diumumkan di WWDC 2020 pada beberapa minggu lalu. Terkini, iOS 14 Public Beta untuk kegunaan awam sudah tersedia. Kami akan memaklumkan cara untuk memuat turunnya dengan beberapa peringatan untuk anda tahu.

Sebelum ke cara untuk memuat turun, kami ingin memberi peringatan kepada anda. Jika anda hanya sekadar ingin mencuba tanpa mempunyai tujuan, kami sarankan agar anda mempertimbangkan sekali lagi jika ingin memuat turunnya. Peringatan seterusnya pula adalah dari Apple sendiri, anda perlu menyalin data pada peranti anda sebagai sokongan (back up data) sebelum memuat turun iOS 14 Beta untuk mengelakkan sebarang kesulitan kelak.

Sebagai tambahan, anda perlu tahu bahawa tujuan iOS 14 Beta untuk awam adalah agar pengguna boleh memberi maklum balas, mengutarakan sebarang masalah dan lain-lain. Apa pun, keputusan jika ingin memuat turunnya berada di tangan anda.

Untuk memuat turun, anda boleh ke pautan program iOS 14 Beta untuk kegunaan awam ini. Log masuk menggunakan Apple ID anda dan ikuti arahan seterusnya. Anda bakal menyetujui perjanjian, terma dan syarat oleh Apple dalam program Beta ini.

Selain iOS 14, iPadOS 14, macOS Big Sur, tvOS 14 dan watchOS 7 versi Beta untuk kegunaan awam juga dikeluarkan hari ini. Adakah anda bakal memuat turunnya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5Mac

Exit mobile version