Site icon TechNave BM

iOS 14 dan iPadOS 14 boleh dimuat turun mulai esok, 17 September ini!

Pada acara dari Apple awal pagi tadi, Apple telah mengumumkan bahawa perisian iOS 14 dan iPadOS 14 serta watchOS dan tvOS yang baru akan boleh dimuat turun pada 16 September ini di Amerika Syarikat (17 September di Malaysia).

iOS 14 akan membawakan widget ke laman utama iPhone anda untuk kali pertama, kumpulkan aplikasi anda ke dalam App Library dan mod gambar-dalam-gambar untuk multitasking yang lebih lancar.

Untuk iPadOS 14 pula, anda akan menerima aplikasi Translation yang baru dan lebih menarik. Selain itu, terdapat ciri baru dinamakan sebagai Scribble yang membolehkan anda tulis menggunakan tangan dan kemudiannya, perkataan tersebut akan bertukar ke teks secara automatik.

Berikut adalah senarai peranti akan menerima kemaskini perisian iOS 14:

Berikut adalah senarai peranti akan menerima kemaskini perisian iPadOS 14:

Baca artikel ini untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai iOS 14 dan iPadOS 14.

Lawati laman kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version